-->

 Resep Kek Coklat Moist

advertise here

Coklat Moist

Bahan Pertama :

  • Satu cawan serbuk koko. 
  • Satu cawan gula pasir. 
  • Satu cawan susu cair. 
  • Satu cawan minyak masak atau marjerin dicairkan. 
  • Setengah cawan susu pekat manis. 

Bahan Kedua :

  • Satu dan suku (1/4) cawan tepung gandum.
  • Satu sudu serbuk penaik.
  • Satu sudu soda bikarbonat.
  • Empat biji telur. 
  • Satu sudu esen perisa vanila. 


Cara-Cara Kerja:

Campuran pertama 

  • Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.

Campuran kedua

  • Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
  • Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit. 

Campuran Ketiga 

  • Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. campurkannya dengan sekata.
  • Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. 
  • Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist ke dalam loyang.
  • Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist tadi. 
  • Tutup loyang dengan aluminium foil untuk memastikan wap air tidak kena kek semasa mengukus. Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam. Sementara menunggu kek dimasak, boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.

Gambar Resep Kek Coklat Moist
Resep Kek Coklat Moist

Cara-Cara Menyediakan Ganache :

Cara Pertama 

Bahan:

  • Setengah cawan susu pekat manis. 
  • Dua sudu besar serbuk koko. 
  • Dua sudu besar mentega. 

Cara Kerja

  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk (api kecil) dan kacau hingga pekat. 
  • Kemudian masukkan mentega dan tutup api. 
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist. 

Cara Kedua 

Bahan

  • Setengah bar coklat yang sudah di cair dan masak. 
  • Dua sudu besar susu pekat manis. 
  • Satu sudu mentega atau majerin. 
  • Satu pertiga cawan susu segar. 

Cara 

  • Masakkan atas api guna kaedah Double boiler. 
  • Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar. 
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist. 
  • Kek Coklat Moist sudah siap untuk dihidang. Kek sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

Selamat Mencoba.

 
close